Anjing dengan bayang-bayang

Suatu hari,seekor anjing terjumpa dengan seketul tulang besar.Anjing sangat gembira dan berlari-lari pulang ke rumahnya sambil menggonggong tulang itu.

Di dalam perjalanan,anjing melalui sebuah titi pada sungai yang dalam dan sangat jernih.Anjing memandang ke arah sungai di bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya yang disangkakan anjing lain yang juga membawa tulang.

Kerana tamakkan tulang itu,anjing itu menyalak dan menerkam ke anjing di dalam sungai.Akibatnya,anjing itu basah kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas ke dasar sungai.Anjing menyesal kerana terlalu tamak,akibatnya dia yang rugi.



Marilah kita bersama-sama menonton video di bawah👇👇


TAMAT

No comments:

Post a Comment