Semut dengan Burung Merpati

Pada suatu hari,seekor semut berjalan-jalan mencari makanan di pinggir sungai.Seperti biasa dia berjalan dengan riang.TIba-tiba,ia jatuh ke dalam sungai kerana tidak berhati-hati.

Semut itu timbul tenggelam dihanyutkan oleh harus sungai.Dia berusaha untuk berenang ke tepi tetapi tidak  berhasil sehingga kepenatan.

Kejadian itu disedari oleh seekor burung Merpati.Burung Merpati merasa kasihan terhadap nasib malang yang menimpa semut itu dan mahu menyelamatkannya.

Lalu,burung Merpati memetik daun dan menjatuhkannya berdekatan dengan semut.Semut merayap naik ke atas daun dan akhirnya dapat menyelamatkan dirinya.Daun itu akhirnya tiba ke tepi sungai dan Sang semut pun terselamat.

Tidak lama kemudian,Sang semut melihat seorang pemburu burung sedang mengendap-endap berusaha mendekati burung Merpati yang telah menolongnya tadi.Sang Semut menyedari bahawa ada bahaya yang bakal menimpa burung Merpati yang baik itu.Sang semut segera berlari mendekati pemburu dan menggigit kaki Sang pemburu.

Pemburu itu kesakitan dan terkejut,lalu mengibaskan ranting yang digunakan untuk menangkap burung.Burung Merpati menyedari kehadiran pemburu yang sibuk mengibas-ngibaskan ranting dan kesakitan.Akhirnya,burung Merpati itu pun melarikan diri dan terselamat.



Mari kita bersama-sama menonton cerita di bawah👇👇



TAMAT

No comments:

Post a Comment