Kerbau dan Buaya

Pada zaman dahulu, terdapat seekor Sang kerbau tinggal di hutan. Sang kerbau suka keluar berjalan-jalan untuk mencari makanan seperti rumput dan bunga-bungaan. Sang kerbau merupakan seekor haiwan yang baik hati dan sering menolong haiwan lain.

             Pada suatu hari, ketika sang kerbau mencari makanan, dia ternampak sang buaya meminta tolong. Sang buaya mengadu kesakitan kerana badannya ditimpa dahan kayu yang besar. Sang buaya meminta tolong daripada sang kerbau untuk mengangkat kayu itu.Sang kerbau berasa kasihan dengan sang buaya lalu menolongnya.

             Setelah berjaya mengangkat dahan kayu yang besar itu,Sang buaya terus menggigit kaki Sang kerbau.Sang kerbau terkejut dan merayu meminta Sang Buaya melepaskan kakinya. Sang buaya enggan melepaskan kaki Sang kerbau kerana dia sangat lapar.

             Sang kerbau pun berteriak meminta tolong."Tolong aku.."Sang kancil terdengar teriakan sangkerbau lalu Sang kancil pun pergi ke arah teriakan itu.Sang kerbau pun menceritakan apa yang berlaku.sang kancil pun berfikir cara untuk membalas perbuatan Sang buaya yang tidak mengenang jasa Sang kerbau.

             Sang Kancil pun menyuruh Sang Kerbau menunjukkan cara-cara dia menolong Sang buaya dari mula hingga ke akhir.Sang buaya melepaskan kaki Sang kerbau tanpa mengetahui dirinya ditipu oleh Sang kancil.Sang kerbau pun tidak mahu mengangkat dahan pokok itu.Sang buaya yang mula sedar dirinya ditipu terus merayu dan berjanji tidak akan menggigit kaki Sang kerbau lagi.Sang buaya pun meminta maaf.Akhirnya,Sang kerbau dan Sang buaya hidup aman dan damai.

Moral:Kita hendaklah tolong menolong antara satu sama lain.

Marilah kita bersama-sama melihat video di bawah↙↙












                                                                           TAMAT  

4 comments:

  1. Tahun terbit cerita ini dan nama pengarang siapa ya ?

    ReplyDelete
  2. saya nak buat persembahan berdasarkan cerita ini. Kerana cerita ini sungguh menarik

    ReplyDelete
  3. Salam tuan /puan, mohon izin ambil karya sebagai bahan untuk pertandingan, terima kasih. Moga sentiasa dimurahkan rezeki tuan/puan.

    ReplyDelete